Foto dari Facebook ITBM |
SAYA hilang berbulan-bulan dari 'rumah' ni. Saya ada, sesekali melawat ke sini, tetapi selalunya tengok dari luar rumah saja. Mungkin saya semakin kurang mesra dengan media sosial tertentu. Sekarang paling banyak di instagram saja sebab di sana, gambar yang bercerita, jadi saya tak perlu membebel banyak.
Okey, saya tak mahu membebel banyak. Ini buku terkini saya. Terima kasih kepada ITBM, walaupun saya terpaksa menunggu lama, tetapi saya tetap sabar gitu! Saya tak suka puji buku sendiri tetapi saya nak puji designer yang design kulit buku ini - sahabat saya Sinaganaga, kerana menghasilkan cover buku yang ringkas tetapi sikit klasik. Sama seperti apa yang saya fikirkan.
Di Bawah Langit Copenhagen (Kumpulan Cerpen) - ada 20 buah cerpen terhimpun di sini. Semuanya pernah diterbitkan secara eceran sebelum ini. Tahun lepas (2013), saya perlahan sedikit kerana terikat dengan banyak juga kerja sampingan berkaitan penulisan (terutamanya menyunting dan mengajar). Apabila banyak menyunting karya orang lain, karya sendiri pun tak sempat tengok. Apabila banyak bercakap (dalam bengkel penulisan), idea di tangan jadi sedikit kaku. Inilah satu-satu buku yang sempat keluar tahun lepas (sudah hujung tahun terbitnya.)
DI BAWAH LANGIT COPENHAGEN (Kumpulan Cerpen)
Terbitan: Institut Terjemahan Buku Malaysia (2013)
M/S: 242 halaman
Harga: RM25.00
Kita jumpa lagi dalam coretan akan datang. Bila...entah!
0 comments:
Post a Comment