Saturday, January 09, 2016

2016, Saya Datang!

SEDAR tak sedar (sebenarnya buat-buat tak sedar) setahun sudah berlalu tanpa apa-apa catatan di sini. Entah, tak tahu saya sibukkan apa … mungkin saya fokus kepada urusan lain dan malas nak kisah akan blog ni.

(Barangkali pada tahun 2016, saya akan kembali menulis di sini (?) Bukan janji, jauh sekali azam. Kalau perlu, ya. Kalau tak perlu menulis apa-apa di sini, maka akan duduk senyap saja dalam “gua”.)

Alhamdulillah, ada beberapa perkembangan menarik mengenai projek penulisan saya pada penghujung 2015 lalu. Kumpulan Cerpen G.P.S. (ITBM), Kumpulan Cerpen Remaja Menuai Emas (DBP) dan Novel Remaja Mamaku Menteri (DBP) keluar hampir serentak pada hujung tahun. 

G.P.S., himpunan 13 buah cerpen, semuanya karya baru yang tak pernah terbit di mana-mana sebelum ini. Menuai Emas, menghimpunkan 18 buah cerpen remaja, bukan karya baru sangat, maksudnya semua karya itu pernah tersiar sebelum ini dalam pelbagai media cetak. Mamaku Menteri, juga karya baru (?), sebenarnya ini versi novel, kerana Mamaku Menteri ada dalam versi cerpen remaja dengan judul yang sama (Mamaku Menteri, HSKU 2007). 

Tak perlu tulis panjang. Saya belanja gambar. Gambar sama seperti di sebelah, jadilah...!



G.P.S. (Kumpulan Cerpen)
Terbitan: ITBM, 2015
Muka surat: 181
Harga: RM25 (Semenanjung) / RM30 (Sabah/Sarawak)




Menuai Emas (Kumpulan Cerpen Remaja)
Terbitan: DBP, 2015
Muka surat: 214
Harga: RM18



Mamaku Menteri (Novel Remaja)
Terbitan: DBP, 2015)
Muka surat: 273
Harga: RM16

4 comments:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, Kak Salina. Wah, dah lama tak kemaskini entri blog. Saya dah beli GPS dan Menuai Emas. Tak perasan pula ada Mamaku Menteri.

Salina Ibrahim said...

Waalaikumussalam Helmi. Terima kasih kerana sudi bertanya khabar. Ya, lama bertapa, baru rasa nak keluar dari gua.

Unknown said...

Assalamualaikum wbt.,

Puan,

Saya dah baca "Menuai Emas" dan membuat sedikit catatan mengenainya di akaun Fb saya pada 6 dan 7 April baru-baru ini. Naskhah ini sangat bagus. Malah, tema yang dikemukakan masih relevan hingga ke hari ini walaupun sebahagian daripadanya ditulis pada tahun 1990-an.

Terima kasih puan kerana menghasilkan naskhah ini. Ia bukan sahaja sesuai sebagai bacaan remaja tetapi juga ibu bapa dalam memahami rentak jiwa anak remaja.

Syabas puan!

Salina Ibrahim said...

Waalaikumussalam Sdr Zaharahanum,
Sangat berbesar hati dengan maklum balas sdr. Menambah semangat hendak berkarya. Semoga bermanfaat. Terima kasih dan mudah2an kita semua selalu dalam peliharaan Allah.