ALHAMDULILLAH, dua karya 'sangkut' untuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2011; cerpen ‘Hantu Osama’ dan cerpen remaja ‘Menuai Emas’. Dua minggu saya agak tertanya-tanya, cerpen mana yang menang kerana surat undangan terlalu umum. Sementara urusetia majlis Utusan yang saya hubungi bagi mengesahkan kehadiran hanya kata, “Datang majlis nanti, tahulah….”
Set buku sempena HSKU 2011; dua antologi & tiga buah novel remaja. Hantu Osama dalam antologi Istimewa & Menuai Emas dalam Cerita Akhir Tahun. |
Saya tak menang setiap tahun. Lepas menang 2005, 2006 & 2007, saya tak berkarya di media Utusan selama dua tahun dan pada tahun 2010 hanya berada dalam senarai pendek. Jadi tak dapat dinafikan, memang sedikit teruja. Hadir majlis-majlis begini dan berkesempatan bertemu rakan-rakan penulis, selalunya akan memberikan motivasi pada diri.
Itu yang lebih penting sebenarnya. Semangat dan motivasi.
Ramai penulis yang sempat ditemui (termasuk bekas bos-bos di Utusan) tetapi ramai juga yang nampak dari jauh saja. Majlis 3-4 jam memang singkat sebenarnya, apatah lagi kalau dalam majlis itu ada kawan-kawan belaka!
Antara yang sempat ditemui... |
Tahniah kepada kawan-kawan yang menang. Yang tak menang pun tetap ada peluang. HSKU mungkin tidak besar sangat tetapi ia berupa ‘hadiah galakan’ kepada penulis lama dan baru untuk konsisten berkarya, selain jadi satu cara meraikan kesusasteraan kebangsaan.
Salah satu foto kawan-kawan yang saya suka; Ruhaini, Hafizah, HaniSalwah, SriRahayu, RebeccaIlham dan Ziati. |
6 comments:
Tahniah, kak Salina. Bila berjumpa lidah kelu berkata-kata. Sebaliknya, senyuman lebih menghiasi bibir.
Tahniah buat Helmi juga. Masa terbatas dalam majlis, tak sempat nak hilangkan nervous kan... :) Kalau jumpa lama sikit, banyaklah cerita yang keluar. Insya-Allah, dalam kesempatan lain.
Tahniah kak Salina untuk kedua-dua cerpen :)
Tahniah Kak Salina...
Memang diva malam tu
Tahniah untuk Ziati juga. Selamat terus berkembang dengan genre yang baru diakrabi (walaupun mungkin sebenarnya tak berapa baru secara peribadi.)
Fathul,
Diva Kampung saja... :))
Post a Comment