AKHIRNYA saya berjaya dapatkan dua antologi ini, yang hampir setahun saya tunggu! Alhamdulillah, dua antologi yang sudah lama saya tunggu ini berada di tangan.
JERITAN PULAU
Hasil gandingan cerpenis mapan dan cerpenis baru dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, antologi ini menghimpunkan 30 buah cerpen karya 20 orang cerpenis dengan keistimewaan tersendiri. Bertolak dari latar belakang pendidikan, profesion dan pengalaman hidup masing-masing yang mempengaruhi rentak dan keunikan karya mereka, antologi ini mengangkat pelbagai tema dan persoalan, terhasil dari sentuhan daya sensitivity yang mendalam dan keupayaan mereka merakamkan denyut nadi masyarakat yang tidak pernah mundur berjuang demi survival dalam dunia yang semakin mencabar. Antologi ini wajar dibaca oleh lapisan masyarakat yang ingin memperluaskan pengetahuan mengenai kompleksiti kehidupan dalam bentuk karya seni yang terselit falsafah dan pengajaran yang boleh menyubur dan memperkayakan pemikiran.
(Ramai pengarang senior menyumbang karya dalam antologi ini seperti SN Shahnon Ahmad, Nazel Hashim Mohamad, Rejab F.I, Hassan Baseri Budiman dan Fatimah Busu. Juga penulis generasi baru seperti Siti Hajar Mohd Zaki dan Ibnu Ahmad al-Kurauwi. Dua buah cerpen saya dimuatkan juga di sini iaitu Tanah Kampung Kami dan Dia Anakku.)
CINTA MASITAHAntologi cerpen berunsur Islam Cinta Masitah menghimpunkan 35 cerpen daripada 24 pengarang Melayu di Malaysia. Para pengarang ini boleh dikelompokkan kepada dua golongan; iaitu pengarang mapan termasuk Sasterawan Negara, penerima S.E.A Write Award; dan pengarang generasi baru sebagai pelapis yang sangat menjanjikan. Tema cerpen lebih cenderung menginterpretasikan ajaran al-Quran dan hadis yang menyuburkan landas seni kesusasteraan Islam dengan mengemukakan pelbagai persoalan masyarakat, pengajaran dan akhlak Islam, berani berkorban dan berjihad, cinta kepada Allah dan bangsa, berbuat kebajikan dan menanamkan keyakinan untuk berjuang kerana Allah, dengan semangat yang optimistik dan positif.
(Antara pengarang hebat dalam antologi ini termasuk SN Shahnon Ahmad, SN Abdullah Hussain, SN S.Othman Kelantan (allahyarham), Azizi Abdullah (allahyarham), selain kawan-kawan penulis seangkatan seperti Kamariah Kamarudin, Faisal Tehrani, Nazmi Yaakub dan Siti Hajar Mohd Zaki. Sebuah cerpen saya, Kerudung Saffiyya dimuatkan dalam antologi ini.)
PERIBAHASA WARISAN BANGSA XVIII: “BAGAIMANA MENANTI ARAH HANYUT”?
-
*KESILAPAN* menaip sesuatu serta kemudiannya disusuli pula oleh kelewaan
atau terlepas pandang sewaktu melakukan semakan — baik pada bahasanya, pada
pemil...
3 comments:
Bila baca entri ini rasanya tertarik pula untuk memilikinya.
Terima kasih sdr. Helmi. Sudi-sudikanlah memiliki dan membacanya.
Oh ya, tahniah juga untuk HSKU lepas; (akak baru tau lepas jengah blog Helmi.) Dan sudah habis baca semua antologi HSKU. Awal pagi
1Nov sudah habis baca!
Terima kasih kak. Ada juga penulis terkenal yang sudi menjenguk blog kecil saya itu. Terima kasih juga atas ucapan HSKU itu. Itu merupakan kemenangan pertama saya. Saya masih baru dalam penulisan kratif. Harap-harap akak sudi memberi tunjuk ajarnya. Saya juga peminat karya-karya Salina Ibrahim. Boleh dikatakan hampir kesemuanya saya sudah miliki.
Post a Comment