Sayalah ni. Serius, berdebar tengok jarum besar ditusuk masuk ke lengan!
KEMPEN derma darah di Pusat Darah Negara. Tahun lepas, saya pernah ditolak kerana tekanan darah melebihi paras normal. Beberapa tahun kebelakangan ini, setiap kali ke klinik, doktor pasti tegur mengenai tekanan darah saya.Jadi kali ini, saya tak nafikan, saya bimbang jika terpaksa berdepan situasi sama.
Memang betul pun. Kali ini, tekanan darah walaupun masih normal tetapi tetap tinggi, kata doktor. Mungkin saya nervous, kata doktor lagi. Degupan jantung pun laju, mungkin juga sebab saya naik tangga ke tingkat atas, jadi degupan jadi laju. Agaknyalah.
Doktor wanita yang memeriksa saya (saya lupa namanya, yang saya ingat dia orang Sungai Siput, Perak), banyak berbual dengan saya, barangkali hendak redakan gementar dan degupan jantung yang laju. Sudah berapa banyak buku? Dari mana dapat idea menulis? Hah, soalan lazimlah yang ditanya kepada mana-mana penulis.
“Idea ada di mana-mana. Mana tau, nanti muncul pulak cerpen novel pasal darah & derma darah. Doktor bacalah nanti!” saya jawab sambil gelak-gelak. Lama borak, dua kali buat ujian tekanan darah, macam itu juga - 150/95. Mujur saya dibenarkan juga menderma. Ada juga pesanan ikhlas doktor (sama seperti doktor di klinik sebelum ini); cari masa untuk buat pemeriksaan kesihatan.
"Anak sapa lah ni? Seronoknya dapat derma darah!" Anis, Mas & Isepunye.
Okey, selesai satu tanggungjawab. Sumbangan kecil saja; 450 ml darah. Sambutan agak menggalakkan. Ramai yang pertama kali menderma (syabas!), ada yang sudah 16 kali, ada yang 32 kali (kagum!), muda-muda lagi sudah banyak menderma darah. Saya yang tak berapa muda ini baru dua kali berkesempatan, itu pun dua tahun sekali. Rasa lemahnya :-(
Apa-apa pun, syabas kepada penganjur; kawan-kawan dari Grup Ukhuwah.
Kawan-kawan dari Grup Ukhuwah yang bekerja keras menjayakan kempen.
0 comments:
Post a Comment