Foto: Encik Google
APABILA membaca senarai buku yang diharamkan Jakim dalam themalaysianinsider.com, saya tak terkata. Saya tak kuat membaca sangat. Dalam senarai itu, ada satu saja buku yang saya pernah baca iaitu novel sahabat saya, Sdr Faisal Tehrani.
Saya tak tahu alasan novel itu diharamkan. Banyak sangatkah ‘elemen nakal’ dalam novelnya itu? Ya, saya sudah baca, mungkin sebab baca laju dan tebuk-tebuk, jadi saya tak perasan ada sesuatu yang tak kena. Atau mungkin sebab saya membaca dengan meletakkan buku itu dalam kategori ‘novel’ (bukan buku agama), jadi saya dengan sengaja mengabaikan beberapa perkara. (Saya mungkin khilaf dalam hal ini.)
Tapi satu perkara yang saya faham, kalau tak ada yang mengadu, takkanlah Jakim baca buku-buku berkenaan dan seterusnya mengambil tindakan. Saya tak pastilah adakah pihak yang memulakan pengaduan itu, membaca semua buku yang ada di Malaysia ini tak kira apa genre sekali pun, atau membaca dengan niat nak cari salah (penulis tertentu) saja?
Saya mungkin skeptikal membuat kenyataan ini. Tapi kalau betullah semua genre buku dibaca dan dipantau, memang sungguh ulat bukulah orang berkenaan. Dan seperkara lagi, pastinya mereka akan temui banyak lagi buku yang ada elemen yang ‘lebih nakal’ dan ‘betul-betul nakal dalam erti kata nakal’.
Kalau begitu Jakim kena haramkan jugalah novel-novel yang memuatkan babak-babak ganas, (dan paling banyak) adegan asmara yang meloyakan tekak atau yang mengajak pembaca berangan tak kena tempat, terutamanya jika pembaca itu remaja yang belum cukup akal, yang tinggi imaginasinya, yang sampai boleh memvisualkan setiap ayat yang dibacanya. Berfantasi liar pun bahaya juga kan, boleh bawa pada haram juga kan?
Saya bukan nak mempertahankan Faisal Tehrani sebab Faisal Tehrani itu sahabat saya. Saya memaksudkan secara umum. Kalau betul-betul berniat nak ‘membersihkan’, buatlah secara menyeluruh, bukan pilih buku tertentu atau penulis tertentu. Lagi satu, kalau setakat dua tiga perenggan yang tak menyenangkan, adakah adil hendak diharamkan satu buku?
Penulis yang bukunya diharamkan tak perlu susah hati pun, sebab buku yang diharamkan itulah yang akan lebih dicari, nak dibaca dan nak dikaji mendalam. Apabila satu pintu tertutup, pasti ada pintu lain yang akan terbuka.
Okey, saya harap saya tak termasuk dalam senarai haram, sebab baca buku yang diharamkan, mudah-mudahan tak perlu samak diri sendiri! Wallahua’lam. Istighfar banyak-banyak.
PERIBAHASA WARISAN BANGSA XVIII: “BAGAIMANA MENANTI ARAH HANYUT”?
-
*KESILAPAN* menaip sesuatu serta kemudiannya disusuli pula oleh kelewaan
atau terlepas pandang sewaktu melakukan semakan — baik pada bahasanya, pada
pemil...
6 comments:
Kadang-kadang hanya atas alasan
busuk hati atau iri hati...
Semuanya tentang manusia, kak :)
Latest Post:
Kalau Tuhan Pisahkan Kita, Awak Marah Tuhan?
Salam Kak Salina, sebelum tu saya nak ucapkan tahniah atas penyiaran cerpen yang bertajuk Menuai Emas di Minggua Malaysia dan Ustazah Salihah (kalau tak salah) di Wanita. Bagaimana nak tahu senarai buku yang diharamkan itu. Boleh bagitahu senarai linknya. Kelakar pun ada. Ternyata kuasa mata pena begitu hebat hingga ada sesetengah pihak bila dicuit sedikit dah tak tentu arah.
Sdr Ahsfantasy24;
manusia....
Sdr Helmi,
Boleh baca di http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jakim-haramkan-buku-terbaru-kuan-yew/
Saya setuju kenyataan kak Ina pada bahagian mengharamkan novel yang mengandungi ayat-ayat yang meloyakan itu. sepatutnya itu yang perlu dilakukan.
:) semoga dalam keadaan baik-baik.
Semua novel Faisal Tehrani patut diharamkan. Beliau merupakan Penganut Syiah yg secara halus mempengaruhi pembaca membenci para sahabat nabi s.a.w. Dia juga secara halus mempromosi ajaran Syiah.
salam kak...
saya begitu terkejut membaca pernyataan berkenaan pengharaman buku Faisal Tehrani. Sedangkan buku itu banyak menceritakan perihal sejarah kemasukan Islam ke Nusantara...
Post a Comment