Thursday, January 06, 2011

BakaldiPasaranTiadaKhatimahCinta




Karya pembuka bagi tahun 2011. Alhamdulillah, baru terima berita daripada Editor Novel Nur, Norlizawati Yaakob, yang memaklumkan bahawa novel ‘Tiada Khatimah Cinta’ akan memasuki pasaran.

Kepada yang mengikuti novel ini secara bersiri di Harian Metro tahun 2010 lalu, dan sering bertanya saya, “bila ‘Tiada Khatimah Cinta’ akan dibukukan?” - boleh dapatkannya di pasaran mulai minggu depan.

‘Tiada Khatimah Cinta’ juga akan dijual di Karnival Karangkraf yang berlangsung di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 – 30 Januari ini.

Saya pun tak sabar mahu tengok bukunya!

5 comments:

Amir Batrisya~ said...

saya mahu dapatkan!
tapi kalau nak tandatangan sekali macam mana kak?
ehe

Salina Ibrahim said...

Amir,
Hai, apa khabar orang UPSI? Boleh diuruskan buku dengan tandatangan sekali. Lepas dapat stok, Kak Ina akan maklumkan. Terima kasih.

insan biasa said...

memang dah lama menanti novel ne dipasarkan.. xsabar nak daptkan novel tu w/pn dah mengikuti siri kat harian metro tu... nak baca novel gak baru lagi feeling.. owh ye nak tanya harga brp novel ne?

Shamsul Amin said...

frust hari tu tak dapat harga istimewa Memaknakan Cinta, cari di Kuantan tak jumpa. Nampaknya kena beli direct daripada Ameen.

Khatimah Cinta, harap-harap ada di pasaran Kuantan. Cuma susahlah nak dapatkan tanda tangan akak.. ehe..

Salina Ibrahim said...

Adikku sayang Shamsul Amin,
Kak Ina sudah hantar perutusan di emel. Nanti baca ya...