Memaknakan Cinta (Kumpulan Cerpen)
Terbitan: Al Ameen Serve
Harga: RM19.00
Kumpulan cerpen pertama saya kini berada di pasaran. Menghimpunkan 20 buah cerita pendek, yang terhasil & pernah tersiar di media cetak antara tahun 1998 sehingga 2008 - suatu jangka masa yang agak panjang sebenarnya. Masih ada beberapa karya yang tidak dimasukkan dalam kumpulan ini, saya sengajakan, mungkin kerana mahu beri peluang kepada kumpulan seterusnya, Insya-Allah. Apa pun, saya berpuas hati setakat yang ada. Pada masa akan datang, insya-Allah, banyak yang boleh diperbaiki.
20 cerita bermakna pada jiwa. Salina Ibrahim dengan 20 cerita pendek yang mengujakan, menghiburkan, menginsafkan, mengundang kesyahduan serta membawa peringatan.
1. Sebuah Dendam
2. Mencari Diri
3. Menongkah Arus
4. Cerai?
5. Bisik Pada Angin
6. Tulus Cinta Abah
7. Mencari Mariam
8. Ombak Jahat
9. Melunas Dendam
10. Memaknakan Cinta
11. Imam
12. Mamaku Menteri
13. Akademi Idola
14. Terbang Ke Langit
15. Mimpi Syawal
16. Tiang Seri
17. Pulangkan Bahagia
18. Liyya Safura Si Penggembala
19. Tinggalkan Bintang Jauh Itu
20. Gelombang
Selain kedai buku biasa, pembaca boleh juga dapatkan kumpulan cerpen ini di Ujana Ilmu, bersama kumpulan cerpen Tiga Kali Seminggu (Faisal Tehrani) & Kimono Ungu Bersulam Bunga (Rebecca Ilham); terus Ujana Ilmu, klik sini
Buku ini juga boleh dibeli terus melalui pengurusan GaleriSalinaIbrahim, klik di sini
4 comments:
memaknakan cinta...rasa2nya semua cerpen dlm ni xpernah baca lagi...
harap2 dapat memilikinya dengan segera
sejak2 akhir2 ni tak terkejar untuk memiliki hasil karya kak salina. lepas satu, satu lg keluar
tapi, tahniah la...moga terus menghasilkan karya2 yg bermutu...
Terima kasih Sha. Alhamdulillah, Allah beri rezeki & sihat fizikal untuk siapkan semua kerja penulisan ni.
Jika ingin memiliki buku ini dengan tandatangan penulis pun boleh juga ;-) Emelkan kepada salinaibrahim@gmail.com. Rujukan - http://galerisalinaibrahim.blogspot.com
baru gi beli buku ni td, kalau 'tiada khatimah cinta' blh dptkan tandatangan akak?sbb dah cari tak ada lg dipasaran sini
Sha,
Terima kasih atas sokongan.
'Tiada Khatimah Cinta' juga boleh dibeli secara pos. Boleh beri alamat pada emel akak ya. Terima kasih.
Post a Comment