Foto: facebook.com/akademipenulis
ALHAMDULILLAH, selesai sudah Bengkel Penulisan Novel yang berlangsung pada 28 – 30 Mei lalu di Hotel Vistana. Ini adalah bengkel sulung genre novel anjuran Akademi Penulis dan saya diberikan amanah besar untuk mengendalikannya.
Terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian kali ini. Ada yang datang jauh dari Pulau Pinang untuk ikuti bengkel ini. Mereka daripada pelbagai disiplin dan kerjaya - teknologi maklumat, agama, pentadbiran, kesukarelaan, kejuruteraan, pemasaran dan pendidikan.
Hari terakhir bengkel (Ahad) terasa lebih mengujakan saya apabila pagi itu saya dapati cerpen terkini saya ‘Jalan Lurus’ tersiar di akhbar Mingguan Malaysia. Dan terima kasih juga kepada salah seorang peserta, Tuan Kamarzaman kerana menghadiahi saya naskhah akhbar Mingguan Malaysia untuk simpanan. Dari pagi sehingga petang terperuk dalam bilik seminar, memang tak sempat mencuri masa untuk keluar mencari akhbar.
Tahniah dan syabas kepada para peserta. Saya doakan semuanya berjaya menghasilkan karya pertama. Kita akan berjumpa lagi dalam bengkel susulan ‘klinik penulis’.
1. Tuan Nor Azhar Ishak
2. Tuan Kamarzaman Mustapha
3. Tuan Hayat Mohd Nazir
4. Tuan Khairuddin Ahmad
5. Dr. Abdul Kariem Arof
6. Puan Nooraini Khaironi
7. Puan Khairani Maisurah Hassan
8. Puan Norliza Miswan
9. Puan Zalehah Adnan
10. Puan Jamaliah Zolkafli
11. Puan Siti Ariyah Shahlan
12. Puan Fauziah G.Rasul
13. Cik Azah Latifah Ridzwan
Insya-Allah, Akademi Penulis sedang merancang siri bengkel sama pada masa akan datang.
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
-
LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir
peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah
dalam serbu...
2 comments:
Salam, Ina;
Kalau hendak berkarya, tampaknya saya juga harus menghadiri bengkel seperti yang awak kendalikan. Ada ke kesempatan itu untuk saya?
Apa-apa pun, syabaslah, Ina kerana sudah sampai sejauh ini - dapat memperturunkan ilmu kepada yang melebihi usia sendiri. Puh!
Insya-Allah Abang Zul,akan tiba kesempatan tu. Kalau tak dapat tulis fiksyen, yang separuh fiksyen pun boleh.
Post a Comment