Cerita ini bermula awal tahun 2006. Saya amat terinpirasi daripada pengalaman bertandang ke sebuah rumah perlindungan wanita dan berbual (temu bual) dengan seorang pekerja sosial bertauliah di sana sekitar tahun 2005. Dan kemudian berpeluang pula berkawan dengan beberapa orang aktivis NGO yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan, selain menghadiri pelbagai seminar wanita, menangani keganasan jenayah dan segala bagai lagi.
Berkawan dengan golongan ini membuka mata saya luas-luas bahawa memang ramai orang baik dan murah hati dalam kalangan kita. Cuma kita saja yang tidak tahu. Kita tidak tahu bukan sebab apa pun… sebab kita rasa kita tidak perlu ambil tahu kerana bukan kita, anak dara kita, adik perempuan kita atau sesiapa saudara mara kita yang akan masuk ke rumah begitu. (Persepsi kita mungkin: Rumah itu untuk menempatkan budak-budak perempuan atau wanita-wanita yang malang saja! Jadi kita yang tak malang ini, tak payahlah ambil tahu.)
Tujuh tahun di editorial majalah (7 tahun terakhir ini), saya kerap dapat panggilan yang bertanya, “Tahu tak kat mana ada rumah perlindungan untuk budak-budak perempuan termengandung dan teraniaya ni?”
Saya membantu memberikan maklumat sekadar yang ada. Tetapi rasanya belum cukup andai tidak cuba menyelami perasaan mereka yang terlibat sendiri (orang belakang tabir) dalam menubuhkan institusi ini. Pengalaman mereka tidak banyak berbeza pun, cabaran dan rintangannya lebih kurang serupa. Mereka yang duduk di belakang tabir ini pun manusia juga, tidak terlepas daripada masalah peribadi sendiri.
Kisah kecil ini (belum berjudul ketika itu) saya mulakan. Saya bayangkan semuanya dalam gaya penulisan yang santai saja. Tetapi tugas hakiki banyak membantutkan kerja penulisan kreatif. Saya hanya berpeluang menulis 1-2 halaman pada waktu rehat jam 1 tengah hari. Selalunya tidak dapat menulis sepatah pun apabila perut hendak makan atau mata rasa hendak tidur sekejap!
Kesibukan kerja ketika itu buat saya rasa hendak bersara menulis novel selama setahun dan (konon) hendak fokus menulis cerpen saja. Tetapi selepas terpilih ke program bengkel penulisan novel Mastera di Bogor dan pulang dari Mastera, saya bertukar fikiran. Cara terbaik untuk naikkan motivasi menulis adalah dengan ‘cari penyakit’; iaitu menulis novel bersiri di akhbar.
Kemudian datanglah ilham novel 'Bukan Yang Pertama' (novel ke-7 saya). BYP diterima oleh editor Bicara Agama Utusan Malaysia untuk disiarkan sepanjang tahun 2007. Jadi novel yang baru 3-4 bab sebelum ini terpaksa direhatkan sebab hendak beri perhatian pada BYP.
Novel yang tidak bertajuk itu, saya buka semula pada pertengahan tahun 2008. Baca semula dari ayat pertama, nilai balik plot sebab akibatnya, masuk ke dalam watak yang sudah lama ditinggalkan, ubah nama watak, tukar itu ini dan buat homework yang patut – akhirnya saya berjaya dapat semula rentak yang hilang.
Itulah dia Setenang Cahaya Hati - tajuk yang muncul mendadak selepas bangun tidur siang (selepas beberapa tajuk lain ditolak oleh editor!). Terima kasih pada kawan-kawan lama yang tak pernah suka baca novel tetapi percubaan pertama membaca novel saya, buat mereka jatuh cinta. Moga kalian semua tenang-tenang selalu ya!
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
-
LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir
peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah
dalam serbu...
6 comments:
Salam, Ina;
Yang selalu membuat saya berasa takjub dan terpegun terhadap mana-mana pengarang ialah kebolehan mereka menerapkan pengalaman dalam bentuk kreatif. Banyak antara mereka yang berkata masa menjadi halangan tetapi pengalaman itu berjaya juga "dikreatifkan".
Sekali lagi, selamat berjaya, Ina!
Abang Zul,
Bila lagi nak menulis buku; daripada pandangan seorang editor? ;-)
Salam akak ina,
Sebagaimana roha maklum pada akak, roha nak senaskah..nnt kita bincang lanjut selepas ini.
seronok berkenalan dengan akak.
Salam akak ina,
seperti yang kita dah discuss...nnt dah ada kasi tau ye..nak satu...K!!
wslm...
Tak ada masalah, Roha. Apa-apa hal nanti, akak update.Terima kasih banyak-banyak. Amat berbesar hati ;-)
Setenang cahaya hati saya jumpa ketika kunjungan hujung minggu ke kinokuniya, xsangka kak sal ada novel baru sebab pernah terbaca (di mana lupa) salina ibrahim nak berehat dari menulis novel. Lama berfikir antara nak beli @ x. Saya cakap kat husband "Saya suka karya Salina Ibrahim, dah baca since zaman sekolah lagik, tapi yang ni kategori 'novel islamik', mcm malu je" Haha entah ape2 saya ni. Iya agak malu la sebenarnya, saya yang biasa2 ini, bertudung tidak labuh, berjubah jauh sekali, membaca novel yang siap dikategori kan islamik ini =). Baru part mcm mana jumpa novel, komen pasal novel sambung nti la ye..
Post a Comment