Terima kasih kepada para pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang memeriahkan PBAKL tahun ini. Kepada yang datang bertemu saya di Dewan Tun Hussein Onn untuk meminta tandatangan, bertanya khabar atau sekadar bertegur sapa berkenalan, saya ucapkan terima kasih. Saya suka dapat kawan baru!
Ada antara mereka, sahabat satu sekolah yang dekat 20 tahun tidak berjumpa, sahabat-sahabat penulis yang selalunya hanya berkesempatan bersua semasa pesta buku, kawan-kawan Facebook yang selama ini hanya berbual di maya, pembaca yang sudah ikuti saya sejak di CESB, juga adik-adik pelajar sekolah dan universiti yang baru hendak berjinak-jinak dalam bidang penulisan.
Ada yang membawa buku-buku lama atau beli buku-buku saya di CESB untuk saya tandatangan. Ada yang membeli 'Bukan Yang Pertama' di PTS yang terletak di seberang sungai, kemudian singgah di DTHO untuk bertemu saya. Juga ada yang membawa 'Setenang Cahaya Hati' (novel ke-8 saya) dan bertanya, "Ini novel pertama kakak ke?" Terima kasih, bermakna saya dapat pembaca baru yang selama ini tidak pernah membaca novel saya.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Ada umur bertemu lagi lain masa,Insya-Allah.
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
-
LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir
peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah
dalam serbu...
2 comments:
InsyaAllah jumpa lagi... :)
InsyaALLAH...begitulah harapnya...Mungkin inilah keistimewaan buku dan pestanya...peminat dapat bertemu penulisnya...bukan sahaja nak tanya khabar, berbual mesra, minta tanda tangan dan macam2 lagi..itulah ragam peminat macam kami...Buku tak pernah menjarakkan sesiapa...kerana buku jugta ramai insan membina ukhuwah...
Post a Comment