Tuesday, April 06, 2010

KLHatyaiKL







26 - 29 Mac; 'Lari' sekejap dari Kuala Lumpur, penuhi undangan kawan untuk menyertai Kembara Puisi KL-Hatyai-KL anjuran Kalam-Pena-PPDHL dengan kerjasama DBP. Saya tertarik sebab perjalanan berkereta api (ditaja oleh Keretapi Tanah Melayu).

Tahun 2008 dulu, pernah dapat undangan sama tetapi saat akhir saya terpaksa tarik diri kerana perlu buat persiapan untuk kembara lain. Jadi kali ini, apabila kawan telefon, saya terus setuju tanpa berfikir panjang, walaupun tahu saya terpaksa korbankan Sabtu Ahad untuk bertemu pembaca di Pesta Buku.

Perjalanan sejauh 534 kilometer, dari KL Sentral, menaiki Ekspress Langkawi Gemas-Hatyai. Berhenti di Padang Besar untuk urusan imigresen dan koc kemudian 'ditarik' oleh kepala kereta api dari Siam untuk terus ke Hatyai. (Dari Padang Besar ke Hatyai, lebih kurang 45 minit.)

'Event koc' semasa pergi & balik meriah dengan acara baca puisi oleh peserta dan perkongsian dunia penulisan oleh Prof. Irwan Abu Bakar (eSastera), Pak Malim Ghozali PK dan saya. Tambah hangat dengan karaoke juga (khabarnya, selepas ramai orang masuk tidur). Di Hatyai, diraikan pula di Prince Of Songkhla Universiti, sekali lagi ada acara baca puisi oleh peserta Malaysia & wakil dari PSU. (Juga acara yang sangat diminati ramai (terutamanya dua orang sahabat saya - Harlym Yeo & Zainatul Suhaida) - iaitu membeli belah! Ribuan Baht mereka habiskan!)

Penat memang. Lebih banyak habis masa dalam kereta api berbanding di Hatyai sendiri sebenarnya. Tetapi menarik, memang menarik. Saya patut ucapkan tahniah pada penganjur terutamanya PPD Hulu Langat yang sangat komited dengan acara ini.

3 comments:

HarlymYeo said...

Saya beranggapan, kos melepas yang sangat berbaloi kerana tidak dapat menghadiri Pesta Buku atas undangan ke Kembara Puisi. Saya juga tidak dapat hadir program Baca@LRT yang diadakan pada hari yang sama.

Saya suka dengan acara perkongsian Cik Puan Salina yang 'mesra rakyat' :)

DI KULIT BUMI KARYA-MU said...

Salam Salina,
tahniah ikut kembara. Tapi...ada Kemudi ikut tau...huhu...NYDP yg pi... yg baca sajak Mariaaaaaaaaaaaa tu! tak ada masuk artikel x pe, gamba ada best! maknanya...dok tampil tsnpa meluahkan kata lah ek? dulu org panggil sajak Sepi dan bisu. hehe.... selamat menuai hasil Bukan Yang Pertama. Malu nk bg novel (tukar tajuk) Menerjang Ranjau! (terbit 2008, tak terjual kot...huhu) aminhad

Salina Ibrahim said...

Sdr Harlym,
Saya pula sudah habiskan +-RM500 semasa Pesta Buku. Jadi untuk beberapa bulan, saya kena 'puasa' beli baju, beg, kasut dan yang seumpama dengannya.

Abang Aminhad,
Bos Kemudi tu hebatlah! Dia menambahkan gegaran perjalanan kereta api malam dengan Marianya. heheheheh. Jangan marah Pak Abu. Jom tukar-tukar buku. BYP saya sudah dapat hasil sikit tahun lepas (royalti 2008), harap2 tahun ni (royalti 2009)hasilnya lagi lumayan. Aminnnn.