Follow by Email

Wednesday, January 06, 2010

DramaMelayuSekarang


Kebelakangan ini saya banyak juga menonton drama Melayu di televisyen. Walaupun lebih suka filem & drama Inggeris di saluran TV 24 jam, tetapi kadangkala saya cuba beralih selera ‘layan’ drama Melayu untuk melihat apa-apa yang menarik yang boleh ‘dipertengkarkan’ minda.

Ada sesuatu yang ‘aneh’ bagi saya apabila melihat babak tertentu dalam drama Melayu yang kelihatan janggal dari segi adab. Dalam sebuah drama rantaian yang saya tonton; dipaparkan beberapa babak seorang wanita yang menumpang di rumah kawan perempuannya (yang sudah bersuami) dan dia sesuka hati masuk bilik tidur kawannya itu.

Kawannya yang sudah bersuami itu juga dengan senang hati mengajak perempuan itu masuk ke bilik tidurnya (ketika suaminya ada di rumah) dengan alasan hendak suruh kawannya itu mencuba pakaian.

Dalam babak yang lain, kawannya (isteri) dengan selamba menyuruh kawan perempuannya itu memanggil suaminya yang sedang berehat dalam bilik tidur untuk ajak turun makan bersama.

Babak ini janggal bagi saya. Mungkin saya berfikiran kolot sedikit tetapi yang saya tahu bagi orang Islam (apatah lagi jika suami isteri), ada ruang tertentu dalam rumah yang jadi kawasan larangan bagi orang lain seperti bilik tidur. Malah Islam sendiri ajar kita mengenai adab bertandang ke rumah orang.

Saya terfikir; di mana yang tidak kena ni? Penulis skrip yang semberono menulis tanpa ambil kira adab atau pengarah yang sembarangan buat treatment pada skrip? Ketika saya belajar penulisan skrip di Finas beberapa tahun lalu, saya tidak terfikir pula akan hal ini sebab tidak pernah tengok drama begini. Tetapi sekarang, apabila fikir dengan logic akal, saya rasa ada benda yang kurang beres di sini.

Mungkin kita perlu lakukan sesuatu. Bagaimana ya?

5 comments:

Jijahh @ f.k said...

betol .. betol ... kekadang ada je nampak cacatnyer ... takkan itu pun dorang tak perasan ekk??

sha said...

itu cuma 1 contoh, ada lagi drama melayu lain yang juga bersifat demikian.

Salina Ibrahim said...

Jijah,
Tak perasan atau tak ada perasaan? Kadangkala ini sangat merisaukan!

Sha,
Betul, itu hanya 1contoh. Banyak lagi... dan yang lebih melampau.

Terima kasih sudi bertandang & kongsi pandangan!

Nukilan Pena Jemari Zamita Syaqis said...

betol..sgt2...drama atau filem sekarang byk unsur kurang menyenangkan. sepatutnya sesuat drama atau filem perlu memberikan nilai2 timur yg seharusnya kita jaga.kalau kita asyik mengikut trend barat, dimana pula kita sekarang?klu tidak kita sendiri yg melakukan siapa lagi yg kita harapkan?..tepuk dada tanya selera?

TukangJual said...

cam komen tuk citer "CINTA BALQIS" jer nih...tapi memang agak pelik jugak citer tuh...hihihihihi..banyak yang tak logik dan tak sepatutnya berlaku...