Follow by Email

Friday, January 22, 2010

AkhirnyaHSPM


Akhirnya…

Akhirnya Hadiah Sastera Perdana Malaysia ke-18 (HSPM) berlangsung juga. Menggabungkan tahun penilaian 2004-2005 dan 2006-2007. Saya tersenarai dalam pemenang 2004-2005, yang majlis sepatutnya berlangsung tahun lalu, tetapi asyik tertangguh-tangguh sehingga 18 Januari lalu.

Akhirnya…

Tak mengapalah, akhirnya HSPM selesai juga walaupun pemenang lama hanya bawa balik plak kaca, sebab cek kemenangan sudah diterima secara pos tahun lepas. Saya bersyukur untuk cerpen eceran Di Bawah Langit Copenhagen, yang langsung tidak saya duga akan mendapat perhatian juri.



Yang penting selesai!

Tahniah kepada semua pemenang.

Tahniah kepada kawan-kawan MPR yang menang, yang selalu bekerja keras untuk meningkatkan mutu karya; Amaruszati Noor Rahim, Rahimidin Zahari, Faisal Tehrani, Nisah Haron, Raihani Mohd Saaid, Siti Hajar Mohd Zaki dan Nimoiz TY.

2 comments:

Norbaya Ma said...

tahniah kak.....koleksi karya yang berjaya ada dibukukan kah? Jika ada, ingin juga membaca cerpen yang memenangi hati para juri...

Salina Ibrahim said...

Baya,
Sepatutnya karya yang menang dibukukan. Begitulah yang dimaklumkan oleh pihak DBP sebelum ini. Tapi tak tahulah, bila bukunya akan terbit....