Follow by Email

Thursday, December 17, 2009

tutup buku lama & buka buku baru

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan larangan-Mu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azab-Mu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini, aku memohon keampunan-Mu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljala li wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Amin.



DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang Maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepada-Mu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan dari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepada-Mu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Amin.

0 comments: