Tuesday, December 15, 2009

cerita budak asrama

Penuntut universiti simpan ular, anak buaya dalam asrama

FAYETTEVILLE: Anak buaya, ular tedung, enam ular sawa dan tiga sumpah-sumpah ditemui disembunyikan dalam dormitori Universiti Arkansas, semalam. Pegawai keselamatan kampus, Gary Crain, berkata reptilia itu ditemui bersama empat tikus putih dipercayai sebagai makanan haiwan berkenaan.

“Polis pergi menyiasat selepas pengarah kampus mendapat maklumat mengenai ada marijuana dan reptilia disembunyikan di situ,” katanya. Bagaimanapun, tiada sebarang dadah ditemui.

Penuntut universiti itu, Jacob Miller, berkata dia bersama rakan sebiliknya, Michael Robbins, membeli reptilia itu di Internet dan bercadang menjualnya untuk mendapat untung. Polis tidak bercadang mendakwa kedua-dua penuntut terbabit. Bagaimanapun, mereka didenda kerana memiliki haiwan tanpa permit. - Agensi

(Sumber: Harian Metro, 10 Disember 09)

Budak-budak asrama memang ada banyak cerita. Kadangkala cerita yang pelik, kelakar dan tak masuk akal. Tetapi sebenarnya selepas fikir-fikir balik, cerita itu tidaklah sepelik mana pun! Cuma mungkin factor ‘asrama’ yang jadikan ia pelik, kelakar dan tak masuk akal.

Tujuh tahun jadi budak asrama, banyak juga cerita yang ‘aneh’ yang saya lalui. Tolak cerita hantu dan tahyul-mahyul, kisah yang paling nostalgia mengenai ‘barang simpanan’ macam kisah budak berdua di atas. Antara barang simpanan kami yang agak pantang di asrama dahulu adalah diari dan novel cinta.

Entah kenapa warden asrama dahulu agak elegik dengan novel cinta (novel selain yang boleh didapati di perpustakaan sekolah) dan diari. Ada seorang kawan satu dorm mempunyai koleksi novel cinta (ketika itu novel Inggeris yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan kulit yang memaparkan minah & mat saleh dalam aksi romantis); dia sangat berhati-hati meminjamkan pada kawan kerana takut terlepas ke tangan warden.

Juga diari, yang selalu jadi tempat budak asrama luah perasaan; marah pada cikgu, rindu pada entah siapa-siapa, juga jadi barang yang pantang (walaupun yang itu kategori harta peribadi).

Macam-macam cara sorok barang berharga ni terutama apabila datang isyarat spotcheck. Termasuklah tanam dalam pasu dan habis segala pasu di koridor jadi mangsa. Terjerit-jeritlah pula kakak tukang sapu sebab koridor penuh dengan tanah. Tapi tak seorang pun budak mengaku, semua buat muka 'nohen' saja...

Macam-macam... Rindulah zaman duduk asrama!

0 comments: