Saya terima kiriman daripada guru saya, Ahmad Tohari (Pak Tohari); novelnya ‘The Dancer’ yang dipos dari Purwokerto (Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia). Beberapa minggu lalu, dia berkirim SMS minta alamat dan memberitahu mahu menghantar novel terjemahannya.
Saya cukup risau kalau-kalau kiriman itu ‘missing in action’ tetapi Alhamdulillah selamat juga tiba (walaupun saya terpaksa menggagau mencari Pusat Serahan Pos, tempat kiriman itu ditinggalkan). Bungkusannya separuh lunyai, tetapi nasib baik bukunya masih elok sebab dibaluti plastik.
The Dancer adalah novel yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris daripada trilogi novel Pak Tohari; Dukuh Ronggeng Paruk (1982), Lintang Kemukus Dini Hari (1985) dan Jantera Bianglala (1986). Sejujurnya saya belum baca versi asalnya walaupun novel ini ada dalam senarai buku Pak Tohari yang pernah dia bekalkan kepada saya beberapa tahun dulu. Semasa ke kedai buku Gramedia di Jakarta selepas bengkel Mastera dulu, semua koleksi lain sudah habis.
Sewaktu berpeluang menjadi 'pelajar'nya dalam bengkel Mastera di Bogor Ogos 2006, Pak Tohari antara pembimbing yang saya senangi. Para peserta (yang mewakili Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia) dipecahkan tiga kumpulan dan kumpulan pembimbing pula dibahagikan kepada tiga kumpulan juga.
Kumpulan kami; saya & Jaya Ramba (M’sia), Andrea Aksana & Saifur Rohman (Indonesia), Muhammad Salihin (Singapura) dan Hajah Rosni (Brunei), mula-mula dipertemukan dengan pembimbing Dr. Budi Darma, Puan Siti Aisah Murad dan Pak Pengiran. Kemudian berpusing pada pembimbing kumpulan kedua iaitu Pak Tohari dan Pak Suratman Markasan, sebelum berakhir dengan kumpulan pembimbing ketiga iaitu Pak Putu Wijaya, Dr. Ampuan dan Sdr Ahadiat.
Antara ketiga-tiga kumpulan pembimbing ini, saya paling selesa dengan kumpulan guru kedua. Tak tahulah kenapa, tetapi mungkin sebab dua orang pembimbing ini ada nada yang serupa dari segi citra Islaminya, budaya dan pemikiran. Banyaklah yang sempat dikongsi dan dikorek daripada mereka sebab mereka pun tidak lokek ilmu.
Kepada Pak Tohari, terima kasih banyak-banyak atas segala ilmu dan hadiahnya!
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
-
LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir
peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah
dalam serbu...
2 comments:
Wah, memang berharga hadiah tu.
Saya hanya punya versi Indonesianya berserta tanda tangan Pak Tohari.
Itulah Zaid, rasa terharu dapat kirimannya. Penambah semangat untuk tahun 2010.
Post a Comment