Monday, December 28, 2009

BalikKeSekolah

Goodies mahal gitu!

Balik ke sekolah, perangai pun jadi macam budak sekolah! Apabila hampir 200 orang bertemu, pelbagai batch pula, campur senior dan junior, macam-macam cerita keluar. Dapat pula bertemu guru-guru yang dahulu pernah mengajar di kelas, yang pernah mengejar di asrama, yang pernah marah dan leterkan kita hari-hari…

Saya langsung terlupa letih dua jam memandu ke Ipoh sejak jam 6.30 pagi. Bertahun-tahun tak memandu seorang diri ke Ipoh, saya suspens juga. Seorang kawan beri panduan, saya ikut saja landmark yang dia bagi dan Alhamdulillah, sampai!

Lain sungguh wajah Sekolah Raja Perempuan Taayah. Februari tahun lepas, saya singgah ke sini bersama team e@Siswa, pengubahsuaian sedang dilakukan di bahagian depan. Serabut masa tu, sekarang sudah siap dan memang cantik!

Terima kasih cikgu dan ustazah yang memeriahkan majlis; seperti mantan pengetua Ustazah Halimah yang sekarang menguruskan rumah anak yatim di Cenderong Balai (?), Ustazah Fatimah (yang sambung berkhidmat dua tahun lagi..wah, hebat!), Cikgu Supiah (antara cikgu BM yang berjaya buat saya jatuh cinta dengan bidang penulisan), Cikgu Ummi (kekal gitu!), Cikgu Hani, Cikgu Wan Hasan, dan ramai lagi yang tak mampu disebut nama mereka satu per satu.

Rumah hijau kesayangan kami!


Sempat masuk melawat asrama cari ‘jejak’; dorm yang dekat 20 tahun ditinggalkan, pokok besar tempat ‘tumpuan’ budak histeria, tempat-tempat ‘posing’ kegemaran, dewan makan yang pernah jadi tempat tunjuk perasaan, surau yang tak berapa mesra di kalangan seniors dan macam-macam lagi…

Saya habiskan tujuh tahun umur remaja di sini. Paling maksimum; tingkatan satu sampai 6 atas. Dalam pada ‘menyampah’, ‘mengutuk’, asyik sebut benci (zaman budak-budak memang begitu), tapi sanggup juga habiskan tujuh tahun. Rasa macam tak percaya!

Budak Taayah…Forever Taayah! Betullah tu…

2 comments:

Unknown said...

Memang gembira sungguh... and true.. penat driving hilang bila jumpa kawan-kawan..

Salina Ibrahim said...

Betullah dik, walaupun memandu dari terbit matahari sampai tenggelam matahari kl-ipoh-kl tapi berbaloi-baloi. Tahniah you all semua!