Saturday, September 12, 2009

sempat ke?

Foto: Internet

ADA beberapa aktiviti yang saya terpaksa kurangkan pada bulan Ramadan. Salah satunya adalah tidur. Sebabnya, saya pasang azam hendak siapkan novel terbaru yang saya mulakan sejak dua tahun lepas! Novel itu saya mulakan awal sedikit daripada "Bukan Yang Pertama". Tetapi sebab "Bukan Yang Pertama" adalah novel bersiri yang ditulis secara spontan dan asyik dikejar editor, saya terpaksa fokus pada 'dia' saja. Terabailah novel yang satu lagi...

Azam saya (azam saja okey...) sebelum masuk Syawal, saya mesti habiskan novel itu dan kemudian buat keputusan 'jodoh'nya dengan penerbit mana. Seksanya nak mulakan sesuatu yang sudah lama ditinggalkan. Nyaris give-up. Tapi kenangkan bahan sudah setengah jalan, saya kena teruskan juga.

Maka saya terpaksalah berkejar-kejar antara tugas di pejabat dalam sibuk memantau dan mencari bahan untuk mock-up produk baru syarikat. Kawan ajak jadi ATS training ESQ, saya terpaksa tolak. Tarawih minggu pertama 'hancur'. Masuk minggu kedua & ketiga baru insaf sikit tapi saya paksa diri hadap laptop lepas balik surau. Itu belum masuk saya blank tiba-tiba dan terpaksa simpan laptop sehari dua.
Masa makin suntuk.... sempat ke?

8 comments:

hafizahiszahanid said...

kak, never say never.. sempat!

Nissa' Yusof said...

ya, mesti sempat punya.. hidup kak salina! :)

Salina Ibrahim said...

terima kasih adik-adik. itu kata-kata semangat. akak suka!

eL said...

akak, saya yakin akak boleh.

mariahsj said...

Sempatttt, asalkan tidak kelam kabut dan masa untuk menulis itu dah tetap.
Salina boleh...

Salam hari raya dan maaf zahir dan batin. Jemputlah ke rumah nanti..

ekspresi said...

adakah novel baru ini bertajuk 'bukan yang kedua'?
gurau saja.
selamat hari raya, maaf zahir batin.

Salina Ibrahim said...

el & kak ton,
terima kasih atas doanya. salam aidilfitri untuk el & kak ton. maaf zahir batin atas segala-galanya.

Salina Ibrahim said...

tuan arif,
selamat hari raya juga. tajuk novelnya belum confirm lagi. 'bukan yang kedua' mungkin juga...