Thursday, September 17, 2009

aidilfitri 1430H

Foto: iluvislam.com

SALAM Aidilfitri buat semua; sama ada sahabat akrab atau tidak, yang dikenali di alam nyata mahu pun di alam maya. Mohon maaf zahir & batin, atas segala kesalahan dan kesilapan, sama ada yang disengajakan atau tidak.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang menghantar SMS dan kad raya, terutamanya kawan zaman sekolah yang ramai saya temui semula tahun ini. Juga kepada clients dan contacts yang kirim hampers dan biskut raya, budi baik anda Allah sahaja yang membalasnya.
Banyak kerja yang tidak selesai; nama pun kerja, mana pernah selesai! Tetapi seperti biasa, semua kerja mesti dioffkan juga; kalau tidak, stres raya nanti dibuatnya! Saya beraya di Parit Buntar, Perak. Jemputlah datang ke kampung saya; terutamanya kepada kawan-kawan sekolah (Sista) yang dulu-dulu pernah datang bertandang ke rumah (emak) saya.

Semoga selamat perjalanan pergi dan balik. Mudah-mudahan hari kemenangan ini adalah yang terbaik untuk kita semua!

0 comments: