Friday, September 04, 2009

lady manager


SAYA pernah diperingatkan (selalu); kerja-kerja pengurusan akan menjejaskan kreativiti saya. Saya pernah diberitahu (selalu); orang kreatif seperti saya tidak boleh diprogramkan mengikut kehendak orang lain. Saya dengar dan saya nilai; ya atau tidak.

Kadangkala saya rasa; ya. Apabila sibuk merancang untuk orang lain, saya terlepas pandang kreativiti diri sendiri. Kadangkala saya terpaksa ‘berdamai’ dengan diri sendiri untuk membolehkan saya ‘balik ke trek’ dan ‘memanggil roh’ balik ke ‘tempat’nya.

Tetapi kadangkala, saya rasa diri lebih kreatif apabila bekerja di bawah tekanan. Apabila terpaksa buat banyak kerja dalam satu masa, kita ajar diri untuk lebih berdisiplin, ‘merancang dalam kepala’ apa yang hendak dibuat. Kadangkala saya ‘menulis dulu dalam kepala’ sebelum diluahkan pada keyboard komputer.

Mudah-mudahan rambut saya tak cepat beruban macam minah kat atas tu….:-)

3 comments:

mariahsj said...

Boleh sahaja buat kedua-duanya jika pandai membahagikan masa. memang penat otak untuk mencantikkan karya orang lain, tapi lebih berbaloi kalau dapat menghasilkan karya sendiri....
Semoga ceria selalu...

hafizahiszahanid said...

Saya percaya, semacam mana sibuk pun penulis yang baik macam Kak Sal akan sentiasa mencuri masa menghasilkan karya! :D

Salina Ibrahim said...

kak ton & fiza,
itu kata-kata penguat semangat!