Follow by Email

Monday, July 21, 2008

Umbara Sastera 2 @ Senawang, Negeri Sembilan


Saya kagumi adik-adik kecil, murid sekolah rendah yang sertai Umbara Sastera 2 ini. Sama ada mereka faham atau tidak, itu cerita lain. Tetapi sekurang-kurangnya dalam usia yang masih muda mentah, mereka sudah ada pendedahan mengenai sastera. Harap-harap ini bukan kali pertama dan terakhir bagi mereka...



"Dulu saya bercita-cita nak jadi pengarah filem," kata Fahd Razy. Tetapi Fahd Razy sekarang sudah jadi penyair besar. Saya sempat usik dia, "Fahd Razy baru cadang nak tuang minyak, dah moderator perkenalkan dia sudah berumah tangga..." Jangan marah ya, dik...





Cerita saya 'menongkah arus', beralih bidang daripada yang sepatutnya. Latar kerjaya banyak membentuk disiplin (walaupun tak berapa suka ikut disiplin sangat sebenarnya...).
(Dari kiri, Adibah Abdullah, Nisah Haron, Salina Ibrahim, Amiza Khusyri dan Fahd Razy.)






Siri pengakuan empat wanita...
Dari kiri; Raihani Saaid (kami 'berjanji' lagi untuk pakai ungu), Adibah Abdullah, Nisah Haron dan Salina Ibrahim.

Pautan lain di http://salinaibrahim.blogdrive.com

3 comments:

JahRera said...

salam sejahtera salina,

Ini k lela dari Okinawa yang sudah sampai semula di spore.
K lela sangat gembera dapat bertemu dgn banyak orang yang berbakat pada hari bengkel ini termasuk salina.

Semoga persahabatan kita berterusan.

salina.ibrahim said...

terima kasih kak lela. saya pun gembira dapat jumpa kak lela yang selama ini sekadar kenal melalui blog.

ina marjana ulfah said...

salam, terima kasih berkunjung ke laman akak. Sangat besar hati. Wah, nampak seronok ke senawang. rugi akak tak ke sana. kebetulan bertindan dengan program lain.