Sunday, July 27, 2008

Di Bawah Langit Copenhagen


(Di Bawah Langit Copenhagen, NUR, Januari 2004)

Dia kutemui pada musim panas Copenhagen, suhu 20 hingga 22 Celsius, panas bagi warga Denmark tetapi tetap dingin bagi orang Melayu Malaysia sepertiku. Bertembung di Laszlo Café & Bar, aku sangka aku tersilap dengar ketika wanita di meja sebelah merungut dalam bahasa Melayu sewaktu menerima sajian shawarma (kebab) yang katanya kurang sos cili. Aku menoleh tersentak, dia menoleh kehairanan dan kami sama-sama terjerit kecil.
“Mai?”
“Su?”

2004 saya masih bertugas sebagai wartawan dan antara tugas saya adalah menjaga ruangan Cerpen di majalah NUR sejak majalah ini muncul di pasaran November 2002. Memang sukar untuk dapatkan karya yang sesuai dengan konsep majalah, pertamanya kerana orang masih tidak kenal majalah ini dan kedua, di kalangan penulis yang sudah ada nama pula, memang tak pandang majalah yang berkonsep perempuan seperti ini.

Saya give-up untuk dapatkan karya yang sesuai. Dihambat deadline pula. Saya menulis dan menulis sahaja, menulis di bawah tekanan deadline, stres dan sebagainya. Saya teringat ujaran seorang teman semasa saya jadi panel forum 'Wanita & Karya' di Rumah Pena, mengenai Sindrom Cinderella. Kemudian teringat satu rencana dalam akhbar mengenai lokasi menarik di Denmark. Saya bancuh kedua-duanya dalam karya ini.

Ketika belek Kamus Dewan, saya terjumpa perkataan 'alinea' & saya gabungkan dengan nama abang ketiga saya (dia 'musuh ketat' yang saya sayang!). Majalah siap & saya pun lupa pada karya ini kerana ini antara karya yang bagi saya 'tak sedap' dan sekadar 'main-main'.

Sehinggalah tahun lepas, ketika orang DBP menghantar emel meminta alamat 'penulis' ini, disusuli Mei lepas, sekali lagi orang DBP telefon memaklumkan mengenai kemenangan 'penulis' ini dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 04/05 (dan majlis penyampaian hadiah yang kemudiannya ditangguhkan...), saya masih tertanya-tanya. Saya tanya cerpen apa yang menang, tetapi pegawai itu menjawab, tidak tahu. Susah saya nak percaya selagi tiada keputusan rasmi.

Apa-apapun, terima kasih kepada DBP kerana menilai karya-karya dalam majalah NUR.

"Itulah awak, macam penulis zaman Jepun, guna nama samaran." Dr. Mawar Shafei. (Terima kasih, kawan. Tahniah untuk awak juga.)

Pautan lain; http://salinaibrahim.blogdrive.com/

1 comments:

Mawar said...

Cik Sal
ilham dari Dia turun ke jemari seni yang halus, inilah jadinya - cerita yang indah dengan bahasa yang dipelihara...tahniah ya!

www.mawarshafei.blogspot.com