PERIBAHASA WARISAN BANGSA XVIII: “BAGAIMANA MENANTI ARAH HANYUT”?
-
*KESILAPAN* menaip sesuatu serta kemudiannya disusuli pula oleh kelewaan
atau terlepas pandang sewaktu melakukan semakan — baik pada bahasanya, pada
pemil...
Tuesday, January 08, 2013
Mengejar atau dikejar?
Tarikh akhir... dikejar atau mengejar? Ketika bertugas sebagai wartawan majalah dan akhbar suatu ketika dahulu, saya selalu dikejar editor. Kemudian apabila jadi editor majalah, saya pula mengejar wartawan apabila menjelang deadline. Kadangkala belum sempat saya mengejar mereka, mereka kejar saya dahulu apabila ada beberapa tugasan yang menuntut perhatian segera. Kemudian dikejar lagi oleh pereka grafik, pihak pengurusan dan jabatan sokongan lain kerana semua orang hendak siapkan kerja masing-masing tepat pada masa. Selepas bekerja sendiri, masih tak lepas daripada deadline, terutamanya apabila kerja-kerja datang serentak. Deadline tidak diberikan tetapi sendiri mesti buat deadline, kalau tidak, semuanya tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Pendek kata, sama ada kerja sendiri atau kerja makan gaji, tetap ada deadline. Hidup kita manusia memang penuh deadline. Maka, selamat bergembira dan menikmati deadline anda... :)
Labels: corat-coret, nota peribadi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment