Setengah hari Sabtu, saya habiskan masa di pejabat lama saya di (bangunan baru) Kumpulan Karangkraf untuk acara minum petang edisi ke-100 Nur. Majalah Nur, 'anak kecil' yang saya asuh sejak keluaran pertama penghujung tahun 2002 lalu, kini berusia sudah 100 bulan dengan 100 edisi.
Lama juga saya tidak hadiri majlis yang semua tetamunya berpakaian glamor sakan mengalahkan model di pentas runaway. Mujur juga, saya tidak rindukan suasana glamor & 'pancaran spotlight' itu lagi sejak rasmi tinggalkan syarikat. Cuma saya rindukan rakan-rakan wartawan, editor, dan bekas anak buah saya di majalah Nur. Juga jelitawan-jelitawan Nur yang pernah bekerjasama dengan saya suatu ketika dahulu. Dapat berjumpa dan berbual dengan mereka walaupun sekejap memadai untuk ubat rindu saya.
Saya bangga sebab 'anak kecil' yang saya didik dahulu sudah semakin 'besar' dan semakin diterima. Banyak kenangan yang saya susah hendak lupakan (dan kadangkala masih 'menghantui') sepanjang tujuh tahun saya di majalah itu; yang seronok, yang ngeri, yang pahit, yang pedih, yang menyakitkan hati, yang mendidik, yang menginsafkan dan macam-macam ada lagi.
Ada yang tanya saya; Tak rindu ke untuk kembali bekerja di sana dengan suasana pejabat baru?
Jawapan saya; Tidak. Saya sudah puas dengan jalan yang saya pilih sekarang. Saya hendak kejar cita-cita yang lama tertangguh. Tapi saya tetap doakan yang terbaik untuk kawan-kawan dan syarikat yang banyak berbudi & memberi peluang pada saya sejak dahulu sehingga sekarang!
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
-
LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir
peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah
dalam serbu...
0 comments:
Post a Comment