ANDAI INI RAMADAN YANG TERAKHIR
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu kau tidak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu merayu kepada-Nya Tuhan yang satu.
Andai kau tahu ini Ramadan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan sungguh kusyuk lagi tawaduk
tubuh dan kalbu bersatu memperhambakan diri
menghadap Rabbul Jalil menangisi kecurangan janji
"Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin".
[Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Andai kau tahu ini Ramadan terakhir
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan al-Quran bakal kau dendang bakal kau syairkan.
Andai kau tahu ini Ramadan terakhir
tentu malammu kau sibukkan dengan
bertarawih berqiamullail bertahajud
mengadu merintih meminta belas kasih
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu
Tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu".
Andai kau tahu ini Ramadan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadan
kita buru kita cari suatu malam idaman
yang lebih baik daripada seribu bulan.
Andai kau tahu ini Ramadan terakhir
tentu kau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap dirikan rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan lorong-lorong redha ar-Rahman.
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadan paling bererti paling berseri
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti.
Namun teman
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
adakah Ramadan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha bersedia meminta belas-Nya.
Wahai Tuhan, aku tidak layak ke syurga-Mu, namun tidak pula aku sanggup ke Neraka-Mu. Kamilah hamba yang mengharap belas darimu, "Ya Allah jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang bertakwa, ampunkan dosa-dosa kami, dosa kedua-dua ibu bapa kami dan dosa semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Andai benar ini Ramadan terakhir buat saya
maafkan semua kesalahan yang pernah saya lakukan!
(Sumber Puisi: Internet)
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
-
LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir
peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah
dalam serbu...
4 comments:
Salam, Ina;
Lirih dan pilu. Kita boleh membuat dua andaian, iaitu bahawa Ramadan ini bakal menjadi Ramadan terakhir kita sekiranya kita pergi sebelum kehadiran Ramadan yang lain. Andaian kedua, Ramadan ini mungkin menjadi Ramadan terakhir buat semua orang kalau hadir kiamat dalam tempoh terdekat.
Hassan al-Basri tatkala bersolat memperoleh khusyuk dengan membayangkan di hadapannya Kaabah, di kanannya syurga, di kirinya neraka, dan sedang berpijak di atas siratul mustaqim manakala malaikat maut sedang bersedia hendak mencabut nyawanya dari belakang. Dia membayangkan dirinya terumbang-ambing dan bakal tercampak ke kiri atau ke kanan.
Maksudnya di sini, kita perlu beramal seolah-olah kita akan mati pada esok hari dan jaminan kebaikan untuk kita adalah amal itu dan rahmat-Nya.
Memang kita harus membayangkan ini Ramadan terakhir kita.
Abang Zul, terima kasih berkongsi cerita. Salam Ramadan juga untuk Abang Zul & keluarga.
selamat berpuasa salina..
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
Post a Comment