Sunday, April 25, 2010

EkspedisiMelaka









17-18 April; Ekspedisi Membina Rohani ke Melaka. Nama pun ‘membina rohani’, jadi lokasi yang dipilih bukanlah tempat biasa-biasa yang dikunjungi orang. Kita ziarahi maqam para wali bertujuan untuk mengambil iktibar, kata ustaz.

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim, Abu Daud, Nasai dan Musnad Ahmad (Bab al-Jana’iz) Rasulullah bersabda yang maksudnya, “Sebelum ini saya telah melarang kalian menziarahi kubur tetapi sekarang saya memberi kebenaran menziarahinya kerana ia akan memperingatkan kalian kepada akhirat.”

Antara yang terkesan adalah ziarah ke maqam Syeikh Ismail al-Baghdadi yang terkenal dengan gelaran Sultan Ariffin (Raja bagi Orang Arif) di Pulau Besar. (Sebut Pulau Besar, memang macam-macam tanggapan orang buat.) Namun apabila menelusuri kisah hidup Syeikh Ismail al-Baghdadi, almarhum bukan sembarangan tokoh. Almarhum dari titisan salasilah Rasulullah dan moyangnya adalah Syeikh Abdul Qadir al-Jilani.

Maqamnya dikawal rapi (salah satu sebabnya, ramai orang datang minta benda pelik-pelik dan bukan-bukan, lalu kawalan dibuat untuk mengelak benda yang tidak diingini). Dari sisi positif, orang ramai datang membaca Yaasin & bertahlil, mudah-mudahan dapat pengajaran dan iktibar kisah perjuangan Syeikh Ismail.

Di kota Melaka, lenguh juga berjalan kaki merentasi Jonker Walk mencari maqam Hang Kasturi dan Hang Jebat. Juga ke Perigi Hang Tuah yang airnya jernih dan buat minum(tawakal saja) di Kampung Duyong, kemudian ke maqam Hang Tuah di Kampung Tanjung Keling. (Tertanya-tanya juga, orang Melaka sendiri, selalu tak pergi ke tempat ini semua....)

Belajar daripada orang sekeliling. Dan banyak orang sekeliling yang baik & menarik yang kami temui sepanjang perjalanan dua hari itu. (Termasuklah pemilik gerai cendol Leman Dawi yang terkenal di Sungai Gadut, Senawang Negeri Sembilan. Pak Leman ni macam penglipur lara & terkenal macam artis rupa-rupanya, mungkin sebab konsep gerai cendolnya yang ‘beli sekali dan boleh tambah berkali-kali secara percuma’!

3 comments:

hasni Jamali said...

salam manis kak Salina,

Tak sangka sungguh, lepas baca entri ini, malam tu hasni mimpi makan abc di Melaka. Jauh sungguh mimpi merantau. :)

Salina Ibrahim said...

Adalah tu yang 'bawa' sampai mimpi ke sana;-)

Ruziawati Bukhari said...

salam ziarah...

melaka memang best!! kota yang penuh bersejarah ...