Setenang Cahaya Hati (SCH) – akhirnya dapat ditatap pembaca Mac ini. Tidak ingat pula tajuk ini tajuk yang keberapa yang saya kemukakan kepada penerbit, mungkin tajuk yang keempat atau kelima; dan baru diterima.
Saya sudah mulakan penulisan novel ini sekitar tahun 2006, lebih kurang sama dengan Bukan Yang Pertama. Tetapi tahun 2007, novel ini diketepikan kerana mahu beri laluan pada BYP yang disiarkan bersiri di akhbar sepanjang tahun itu.
Selesai menguruskan manuskrip BYP pada PTS sekitar Mei 2008, barulah saya kembali mengulit SCH, dalam keadaan emosi sungguh kelam-kabut dan separuh malas hendak menyambungnya. Mujur juga selepas memaksa diri, akhirnya berjaya juga meneruskan ‘perjuangan’ sehingga selesai.
Kisah ini khas untuk beberapa orang kenalan saya yang mahu jadi ‘orang yang berbakti’, orang biasa yang tidak mahu dikenali, yang selalu ‘bekerja belakang tabir’, melayan orang-orang yang bermasalah seolah-olah diri sendiri tidak ada masalah (atau mungkin lupa masalah sendiri). Saya tabik sungguh pada mereka kerana pengorbanan dan keikhlasan mereka.
Melihat cover SCH yang cantik sangat, mungkin boleh menimbulkan banyak tanggapan. Tambahan pula kali ini saya beralih penerbit; Alaf 21. Tidak kisahlah, berada dalam dunia penerbitan majalah & buku selama 13 tahun, saya belajar banyak benda – terutamanya dalam aspek strategi pemasaran dan penjenamaan. Memang dalam banyak situasi, apa yang penulis fikir tidak sama dengan apa yang penerbit fikir – malah kadang-kadang sampai jadi serba-salah, “cantik pun susah, tak cantik pun tak kena!” ;-)
Novel (kisah) ini jauh daripada sempurna. Tetapi saya kira perasaan ‘tidak sempurna’ itu akan menyebabkan saya selalu ingat akan kelemahan diri dan berusaha memperbaiki diri dan karya dari masa ke masa.
Saya mohon yang terbaik saja untuk Setenang Cahaya Hati. Moga hati saya juga tenang dengan novel ini!
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
-
LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir
peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah
dalam serbu...
5 comments:
Saya mahu beli yang ada tandatangan sekali. Jumpa di pesta buku tau :D
Boleh, boleh. Tukar buku pun ok, siap dengan tandatangan. Ada tak kat BukuPrima Pesta Buku nanti? Hari apa?
tahniah, kak salina
penerbitan mana pun akak hantar novel tetap akan segera di cari dan dihayati...:)
Sha,
Terima kasih atas sokongan. Semoga tenang-tenang selalu di bawah naungan-Nya...;-)
Jemput datang Pesta Buku nanti. Akak di Dewan Tun Hussein Onn, 20-21 Mac, pagi - petang.
salam tahniah kak salina.
saya tak berkesempatan ke pesta buku di kl. saya minat tulisan akak sejak sekolah menengah lagi. sekarang suruh anak-anak murid saya contohi kak salina walau saya bukan cikgu bahasa. boleh ya. moga akak terus sukses.
Post a Comment