Friday, February 12, 2010

KisahMPRLagi


Antara kenangan yang masih manis di ingatan, tentulah semasa mengikuti Minggu Penulis Remaja pada tahun 1991. Walaupun MPR seminggu itu seperti aktiviti ‘percutian dan main-main’ bagi saya, tetapi sebab saya sungguh-sungguh beraktiviti dan bermain, maka ia jadi sangat berkesan sehingga kini.

Memang tidak banyak teori yang masuk ke kepala ketika itu. Apalah sangat yang budak remaja tahu mengenai teori ketika itu, yang penting dapat berseronok dan bertemu kawan baru. Saya memang dapat ramai kawan baru dan Alhamdulillah, saya masih ingat [semua] nama mereka sehingga sekarang, walaupun hanya tinggal tiga empat orang yang masih berhubungan.

Saya malas hendak tulis banyak mengenai kenangan silam. Tetapi saya tulis sebab kami kini sedang mengerjakan projek mengumpulkan maklumat semua alumni MPR sempena ’25 Tahun Minggu Penulis Remaja’ yang dirancang sambutannya tahun ini.

Semua yang pernah ikuti Minggu Remaja (MR) mulai tahun 1985, Minggu Penulis Remaja (MPR; nama yang ditukar beberapa tahun selepas itu) dan pemenang Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat mulai tahun 1986 sehingga 1997 [1998?; saya kena semak semula] akan terlibat secaa automatik dalam projek ini. Tidak kiralah sama ada sekarang mereka masih menulis atau sudah pencen menulis. Yang penting, hubungi saya ya!

Terutamanya rakan alumni MPR 1991, anda yang namanya tersebut di sini [mungkin ada yang terlupa dia pernah mengikuti MPR 1991); silalah hubungi saya segera.

1. Salina Ibrahim [saja nak masuk senarai juga!]
2. Putri Al Inshirah Megat Sapeli
3. Rosie Haslinda Nasir
4. Dima Mazlina Abu Bakar
5. Monalita Mansor
6. Shazmira Shahudin
7. Rosilawati Salihan
8. Nor Haini Ghazali
9. Shazmee Rizal Agus Salim
10. Saharil Hasrin Sanin
11. Roslan Jomel
12. Uthaya Sankar SB
13. Syukur Shaari
14. Zailani Mohamad
15. Mohd Amin Jais
16. Rjmi Mohd Nor
17. Lee Kok Ann [?]
18. Lim Wye Leong
19. Aida Dato’ Hassan
20. Azizah Ibrahim
21. Azlina Shaari
22. Yusnita Mohd Yusof
23. Winnie Juakim
24. Akma Mohamad
25. Sarina Masri
26. Nuryushida Laily Yusof
27. Nor Azini Hussin
28. Izan [Rohaizan?] Amir
29. Nur Harissa Husainy Hasbullah

Emel: salinaibrahim@gmail.com
end

0 comments: