Friday, November 06, 2009

tiada khatimah cinta di HMetro

NOVEL bersiri saya yang terkini 'Tiada Khatimah Cinta' sudah bermula di Harian Metro mulai Selasa lepas. 'Tajuk spontan' ini saya pilih begitu-begitu sahaja, entah dari mana datangnya. Ini sesungguhnya akan jadi perjuangan saya sepanjang tahun 2009 sehingga 2010.

Kawan-kawan berkata, "Mengulang sejarah Bukan Yang Pertama?" Ya, memang betul, saya cari penyakit sebenarnya apabila menyanggup terima tugasan ini! Apa pun perjuangan dan tanggungjawab sudah bermula dan mesti dihabiskan.

Ada yang bertanya saya, "Cerita apa pula kali ini?" Jawapan saya senang, "Kisah biasa saja. Cerita pasal orang biasa. Tiada yang luar biasa."




Tiada Khatimah Cinta
Siri 1 - Resipi Kehidupan
Oleh Salina Ibrahim

ALANGKAH baiknya jika ada buku resipi kehidupan. Pasti segalanya akan menjadi dengan baik. Apabila buntu berdepan hidup, maka rujuklah buku resipi itu dan segala-galanya pasti boleh selesai.Dia pernah mendengar atau mungkin membaca kalimah itu. Entah di mana, dia tidak pasti. Barangkali dalam filem, mungkin juga lewat novel yang pernah ditelaah. Kalimah itu serasa-rasa masih terdengar-dengar di telinga, masih teringat-ingat di minda.

“Tidak perlu resipi. Kita boleh buat dengan cara kita. Kalau tersilap campuran, jangan buang dahulu. Pasti ada cara untuk menyelamatkannya agar terus boleh dimakan. Mungkin kalau pandai olah, akan jadi lebih sedap,” begitu pula ayah menyanggah pandangannya.

Lama dia cuba memikirkan kebenaran ujaran ayah. Dia letih memikirkan dan akhirnya dia abaikan sahaja kata-kata itu. Tetapi kata-kata itu masih tetap terngiang-ngiang di telinganya.

Baca seterusnya di Harian Metro, setiap Selasa.
NOTA:
Saya diminta untuk menguar-uarkan bahawa Harian Metro juga membuka ruangan Puisi pada setiap hari Selasa. Kepada semua pengarang dan penyair, sila e-melkan puisi berserta maklumat lengkap kepada editor, Rahayu Salleh di ayu@nstp.com.my.

3 comments:

Maala Muniira Abdullah said...

Salam..
nak tnya..novel nie ada kt pasaran ke?saya baru ikutinya di HMetro..terlepas bnyak siri..

insan biasa said...

Salam,

saya pun nak tanya soalan yang sama sebab saya nak beli novel ne.. saya suka jalan ceritanya.. saya dah cari kat mph xada jual pun..

Salina Ibrahim said...

Untuk makluman, novel ini sedang dalam proses disiapkan. Dengan kata lain, belum berada di pasaran. Siri-siri yang disiarkan di H.Metro ini akan dibukukan apabila habis disiarkan di akhbar ini.