Sunday, November 01, 2009

mengenang sahabat

SAYA amat berdebar apabila dimaklumkan bahawa temu bual kami beberapa minggu lepas akan disiarkan hari ini. Secara jujurnya, saya harus meminta maaf dahulu kepada pihak yang terbabit (terutama keluarganya) andai apa yang tersiar bakal 'melukakan'.
Beberapa minggu lepas, apabila saya dihubungi wartawan Kosmo, Sdri Afzan Kasiman untuk menemubual saya mengenai sahabat lama, Hizairi Othman, saya dalam keadaan serba salah. Kalau tidak silap, saya ada bertanya semula, "Kenapa Hizairi?" Tetapi saya tiada masa untuk berfikir panjang kerana ketika dihubungi, saya sedang memandu. Saya terus sahaja bersetuju untuk memendekkan perbualan. Ketika sesi temu bual esoknya, banyak yang saya 'tapis' dan rasa-rasanya saya sudah gunakan bahasa yang paling lembut.

Tengah hari semalam ketika dalam majlis di Melaka, saya bertemu ibunya, Mak Cik Timah Baba. Katanya ketika kami bersalam, "Pergi mana? Lama sungguh tak datang ke rumah...", saya sambut dengan senyum saja. Dan ketika saya sampai semula di Shah Alam dari Melaka, saya terima panggilan dari Afzan yang memaklumkan bahawa temu bual kami akan tersiar hari ini.

Sekali lagi, saya mohon maaf kepada seluruh kaum keluarganya kalau ada yang tidak kena dalam penyataan saya."Saya mengenali Hizairi semasa menyertai Minggu Penulisan Remaja (MPR) awal tahun 90-an dahulu. Semasa melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM), dia adalah senior saya. Kami juga pernah bekerjasama dalam pertandingan pantun antara universiti. Kami mula rapat selepas masing-masing sudah bekerja. Ketika itu saya di majalah Al-Islam manakala dia pula di majalah Massa," cerita editor dan juga novelis ini. Baca penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Ini sebahagian kenangan kami ketika ditemu bual untuk akhbar The Sun pada September 1998. Hizairi sibuk menelefon kami (beberapa alumni Minggu Penulis Remaja mewakili tiga kaum utama) untuk sesi temu bual ini. Sudah 11 tahun rupa-rupanya saya simpan keratan akhbar ini!

0 comments: