Tuesday, September 29, 2009

beli apa dengan duit raya?


Ini cerita lepas raya. Orang Kuala Lumpur mula sibuk berumah terbuka. Terima kasih kepada kawan-kawan yang undang ke rumah terbuka. Tetapi ada juga yang merungut duit sudah habis dan tiada bajet lagi hendak menjamu kawan-kawan.

Anak-anak saudara sibuk menguruskan (baca: menghabiskan) duit raya yang tidak sebanyak mana (tetapi kira banyaklah bagi budak-budak) dengan membeli entah apa barang.

Nabil dan Firdaus (9 & 7 tahun) sibuk hendak beli handphone. Rela tidak mahu ikut beraya di rumah tok dia sebab hendak berjalan pusing rumah jiran-jiran kumpul duit raya. Abang saya garu kepala dengan perangai anak-anak dia. Sudah-sudahnya dia merungut, “Budak-budak tu bukan main lagi hendak handphone ada kamera segala. Handphone ayah dia pun tak ada kamera!”

Kirah, Fiqah, Syukri, Epi & Amin – lima beradik gila hendak membela hamster. Seekor hamster kelabu harga RM8, dua ekor sudah RM16, kalau hamster putih lagi mahal, belum masuk serbuk kayu, bekas air, kuaci, bola, roda dan permainan. Kakak beli hamster, adiknya Amin hendak juga, korban RM10 untuk seekor hamster hak dia seorang.

“Macam pandai membela sangat, esok-esok dah jemu, hamster jadi makanan Putih (kucing jantan emak!).” Emak saya bersungut di belakang saja, malas hendak berleter depan budak-budak yang tak berapa faham bahasa.

“Tak ada ke benda berfaedah lain yang hampa nak beli dengan duit raya? Sengih panjanglah Cina kedai hamster tu!” Abah mereka menyergah. Tetapi semuanya ketawa suka, tak ambil hati pun!

“Budak-budak sekarang memang tak sayang duit sebab dia ingat senang nak dapat duit! Depa bukannya faham bapa depa tertonggeng-tonggeng bekerja nak cari duit, bagi depa makan pakai sekolah segala.” Itu kata saya.


Mereka gelak-gelak lagi, macam dengar lawak jenaka pula.

Ikut suka koranglah!

5 comments:

ZULKIFLI said...

Salam Raya, Dik Na;
Ucapan Hari Raya lewat SMS yang awak hantar ada saya terima. Terima kasih banyak-banyak atas ucapan dan ingatan tu. Cuba dibalas, tak lepas-lepas. Sibuk betul Maxis kala tu. Tak tahulah akhirnya ada awak terima ataupun tidak.

Agaknya, bebudak tu ikut perangai awak (Mak Sunya?) sorry! Tapi, memang standardnya macam tu. Sabtu ni, saya di rumah pun mengkin akan berdepan dengan fenomena itu.

tinta kasturi said...

he he..

anak-anak zaman sekarang..

:)

Salina Ibrahim said...

Abang Zul,
Saya tertanya-tanya ada tak 'ciri-ciri' saya dalam budak-budak tu? Adala kut sikit-sikit, merujuk pada ciri-ciri kreatif yang baik. hahahaha

Tinta kasturi,
Begitulah budak-budak alaf baru. kita ni dari alaf lama...

eL said...

Mungkin kita masa kecil-kecil dulu macam tu juga agaknya. Mak Sunya bela hamster kat blog hehehe.

Salina Ibrahim said...

el,
tak gamak nak bela hamster betul sebab geli.tangan panas, harus tamat riwayat hamster. bela kat blog lagi selamat rasanya. hehehh