Friday, June 19, 2009

kaktus saya


SAYA suka kaktus. Tidak perlu dijaga sangat. Renjis air seminggu sekali; masih boleh hidup segar. Beberapa bulan lepas, emak saya bekalkan sepohon kaktus sebagai pohon perhiasan di rumah. Katanya, senang tanam, ambil bawa balik, letak di balkoni. Saya ikut saja, sedar tak sedar, kaktus yang emak beri sudah naik tinggi mencanak, sedangkan saya siram seminggu sekali, kadangkala dua minggu sekali, kadangkala sebulan sekali! Kasihan kaktus saya. Kalau diri sendiri diabaikan begitu, apa jadi agaknya ya?

4 comments:

hafizahiszahanid said...

Cantiknya pasu kaktus tu! Ada lebih? hahahahaha..

Pija Madzlan said...

Kaktus, dia memerhati apabila kita tidak memerhati, kerana sayangnya dia pada tuannya. Tiba masa, kita akan ditusuk durinya kerana kecuaian kita. Seseorang di keliling kita akan bertindak seperti kaktus, memerhati kita walaupun kita tidak menyedarinya seterusnya menegur kita andai kita berlaku yang tidak2. Makanya, hargailah kaktus itu...

Salina Ibrahim said...

fizah,
ada, nak ke? akak beli kat kedai RM2 je...

Salina Ibrahim said...

siti,
terima kasih. cantik tapi menusuk perumpamaannya.