Monday, June 22, 2009

aktiviti lama

SALAH satu aktiviti yang dapat melegakan stres saya adalah berjumpa sahabat lama sambil duduk lepak di kafe. Buka macam-macam cerita, berbincang, berdiskusi, luahkan masalah, minta pendapat dan idea, sambil menikmati secawan teh atau kopi. Aktiviti yang saya lakukan sebulan sekali dengan seorang sahabat karib; suatu ketika dahulu. Sudah lama saya tidak lakukan siri diskusi dengannya apabila masing-masing semakin sibuk dengan tugas. Daripada sebulan sekali, kemudian jadi dua bulan sekali, lepas itu jadi tiga bulan sekali, enam bulan sekali dan akhirnya setahun sekali pun susah nak jumpa! Malah SMS pun kadangkala berjawab, kadangkala tidak. Apalah yang kita semua sibukkan sampai silaturrahim jadi semakin renggang. Yang ini, saya kena fikir semula!

5 comments:

Masayu Ahmad said...

Salam,

Saya pernah berbincang dengan seorang teman, apalah kita ni sangat sibuk dengan urusan dunia, sampaikan nak jumpa kawan-kawan dan ahli keluarga kena tunggu hari raya.

Salina Ibrahim said...

Masayu,
Mujur ada hari raya. Kena berterima kasih juga tu ya. Kalau tidak, tidak bersilaturrahimlah manusia. Masing-masing dengan hal sendiri yang tak putus-putus.

Pija Madzlan said...

Mm...baru saya sedar saya dah lama tak jumpa dengan kawan2 lama saya...dah lama betul....

Salina Ibrahim said...

Siti,
Masa untuk kembali jumpa kawan lama...

JijahJambu@Jj said...

mm betul lah .. kadang kadang kesibukan kerja membuatkan masa rehat sangat berharga .. ape pun sesekali jumpe kawan lama .. memang seronok & dapat menghilangkan stress kan ;)