Friday, March 16, 2012

Sedikit mengenai MPR 2012

Foto ini dirakamkan khas semasa sesi singkat bersama penaja di laman Casa Rachado, PD. Terima kasih Public Bank kerana menyokong usaha perkembangan sastera tanah air. Terima kasih juga kepada penaja lain, iaitu Bank Rakyat.



Minggu Penulis Remaja 2012 di Port Dickson berakhir 15 Mac 2012 lalu. Terima kasih kepada Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Dewan Bahasa & Pustaka kerana memberikan kepercayaan kepada saya, Sdr Shamsuddin Othman dan Sdr Lutfi Ishak sebagai pembimbing tahun ini. Ada yang bertanya, apa yang menariknya MPR kali ini? Oh, saya lebih suka diam sahaja. Harapan saya kepada adik-adik yang ghairah hendak menjadi penulis ini? MPR bukan segala-galanya. MPR hanya permulaan. Banyak lagi yang perlu mereka belajar selepas MPR ini. Cabaran mereka bukan semasa MPR, bukan ketika terpaksa 'perah kepala' tulis cerpen dan puisi sepanjang lima hari MPR. Tetapi cabarannya bermula selepas mereka 'tamat pengajian' di MPR. Ketika itulah mereka akan dinilai dan diperhatikan setakat mana mereka kental berdepan cabaran sebagai seorang pengarang. Buat adik-adik, selamat berkarya, terima kasih dan syabas kerana menjadi pelajar yang baik sepanjang MPR 2012.

0 comments: