Tuesday, December 18, 2012

selamat dilancarkan



 SAYA tumpang bangga apabila antologi cerpen & puisi hasil Minggu Penulis Remaja 2011, akhirnya terbit.  Kalam Pertama, judulnya. Rasa berbaloi juga ‘mengejar’ (bekas) peserta selepas MPR, menyunting karya mereka dan menguruskan kerja-kerja belakang tabir. Buku ini selamat dilancarkan oleh Datuk Johan Jaaffar yang juga salah seorang pengasas MPR (nama asal Minggu Remaja) sempena Perhimpunan Alumni MPR ke-2, di Melaka, baru-baru ini.  Harap-harap ini jadi permulaan yang baik....

Datuk Johan Jaaffar melancarkan buku Kalam Pertama, disaksikan oleh
Ketua Pengarah DBP, Dr Awang  Sariyan
dan  Ketua Bahagian Sastera Kanak-kanak & Remaja, Puan Norimah Bajuri.

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum.

Terima kasih Kak Salina atas bimbingan yang diberikan dan babak 'kejar-mengejar' sangat tidak boleh dilupakan.