
CIK PUAN EMBUN
Oleh SALINA IBRAHIM
CIK PUAN EMBUN menyeluruhi dirinya sendiri di hadapan cermin. Dia menyedingkan tubuh genit, meleretkan senyuman yang paling manis, dan membasahkan bibir dengan hujung lidah. Tubuh yang dibalut busana kesumba murup serasa-rasa tidak jemu dipandang. Ajab amat dia dengan penampilan diri sendiri.
“Cantik dan halus benar jahitan tangan Cik Gayah ini. Faham amat dia akan citarasa kita. Tentu kawan-kawan kita cemburu. Aduh, sukanya hati kita!” Cik Puan Embun bercakap seorang diri. Dia terkekek-kekek ketawa sambil membayangkan wajah teman sepermainan, Seribulan dan Melurwangi.
Busana sutera kesumba murup buah tangan Tauke Aluk itu sungguh dia berkenan. Tiga purnama lalu, dia merengek-rengek manja pada ayahanda menuntut sepasang busana baharu. Katanya, dia impikan kain sutera yang lembut halus lagi sejuk dipakai. Lalu ayahanda berjanji akan meminta Tauke Aluk yang selalu berurusan dengan saudagar dari Terengganu untuk mendapatkan kain idamannya.
(Baca cerpen ini dalam Dewan Siswa, April 2011)
Kemelut dalaman Pas makin kritikal
-
KUALA LUMPUR 2 Mac. - Krisis dalaman Pas semakin kritikal apabila mesyuarat
khas yang berlangsung hampir empat jam bagi membincangkan isu pergolakan
parti ...

0 comments:
Post a Comment