Tuesday, July 07, 2009

kl dari mkl


(Foto dirakamkan dari Dewan Megaview, aras 40 Menara Kuala Lumpur)

Sudah 17 tahun saya tinggal di Kuala Lumpur. Secara lebih khusus, 12 tahun menetap di Kuala Lumpur dan 5 tahun (lalu), saya menetap di Selangor. Apabila balik kampung, saudara mara selalu tanya, "Seronok ka duk Kuala Lumpur?" "Saya duk Kuala Lumpur sebab saya kerja di Kuala Lumpur," begitu saya jawab. Tetapi apabila saya fikir balik, jawapan saya, "Seronok la, kalau tak, dah lama saya berhenti kerja dan balik kampung!"

Apa yang seronoknya Kuala Lumpur ni? Jalan sesak; kalau keluar lambat untuk ke pejabat, sahihlah kedatangan merah, jalan asyik berubah; kalau 3 bulan tidak keluar Kuala Lumpur harus sesat-barat, bangunan tinggi-tinggi semuanya tak mesra alam langsung; sakit tengkuk kalau mendongak, kos hidup tinggi; habis duit membayar benda remeh-temeh saja ... macam-macam lagi.

Tapi orang tetap datang Kuala Lumpur, konon nak cari kerja dan 'kehidupan' baru...

3 comments:

ZULKIFLI said...

Hah, hah, hah!
Kuala Lumpur tidak boleh dilihat dari mata tempurung. Kuala Lumpur tidak boleh didiamkan hiruk-piruknya. Ragam dan ragi kehidupannya yang direncahkan oleh penghuninya, ah rencam sungguh! Sehingga kadangkala kita berasa, apabila semakin banyak yang cuba kita ketahui tentang Kuala Lumpur ini, semakin banyak pula yang tidak kita ketahui. Ah, Kuala Lumpur, Salina Ibrahim sudah ada di situ! Bagaimanakah ragamnya, sekarang?

Salina Ibrahim said...

Abg Zul,
Saya okey je bang. Saya suka Kuala Lumpur!

ZULKIFLI said...

Alhamdulillah.... Suka, suka gak dik tapi sampek sekarang, nggak ada satu novelnya yang dapat percuma. Gurau, dik.

Tahniahlah, sudah banyak juga novel awak yang terhasil. Bangga saya kerana dalam sibuk, dapat juga ruang berkarya.