Tuesday, July 28, 2009

hadiah bernilai

Antara koleksi kesayangan, adalah cenderamata yang diterima ketika saya memenuhi undangan ceramah, berbengkel dan sebagainya. Dari segi harga mungkin tidaklah setinggi mana tetapi nilainya lebih daripada itu. Saya kumpul semuanya walau kekadang barang itu mengumpan habuk tetapi hendak dibuang tidak sekali-kali. Simpanlah, mungkin puluh tahun lagi, boleh jadi barangan antik!

3 comments:

hasni Jamali said...

salam kak salina,

apa khabar? :)

hmm, hasni mahu juga hadiah seperti itu. nak nak nak...(kata upin dan ipin) ;)

boleh bertanya? pernah tidak kak salina naik komuter ke seremban? sambil duduk memegang dan membaca sebuah novel?

seperti wajah kak salina saya lihat, tapi mungkin juga pelanduk dua serupa. hmm....musykil.

Salina Ibrahim said...

hasni,
betul, pelanduk dua serupa tu. dah lama tak naik komuter pun...

hasni Jamali said...

ha...ada kejadian di sebalik berjumpa pelanduk dua serupa ini. wajahnya mirip kak salina, duduk bersebelahan saya dan menatap novel alaf 21. hmm, kagum saya lihat insan yang tidak lelah membuang waktu dengan membaca. tekun dia baca. tapi ada kejadian ni, buatkan dia tak senang menelaah. saya di sebelahnya tiba-tiba bangun dan berdiri di hadapannya.

mahu tahu kenapa? heheh...ada orang sebelah saya, 'perempuan yang kurang elok akalnya, meraba-raba...' ish geli saya. walaupun perjalanan masih jauh dari bank negara ke UKM, saya rela berdiri daripada dirabanya.

kasihan pelanduk dua serupa ini, bacaannya terganggu. itulah saya renung dia, ingatkan kak salina. dalam hati mahu saja menegur. namun segan. gayanya juga seperti seorang penulis, yang sedang ligat mencari ilham.

;)