Monday, June 16, 2008

sesi ramah mesra bersama penulis pnm 14jun


Salina bersama sekumpulan pelajar kolej yang menjadi peserta Sesi Ramah Mesra Bersama Penulis di Perpustakaan Negara Malaysia 14 Jun lepas. Adik berbaju hijau sedang memegang cover novel terbaru 'Bukan Yang Pertama'. Cover saja yang siap, masih peringkat draf awal. Bukunya belum ada di pasaran.

(Adik-adik yang cantik segak yang wajah mereka ada di sini, boleh hubungi akak ye. Terima kasih.)



Pameran Setitis Tinta... Sejuta Karya: Wajah-wajah Penulis Malaysia sedang berlangsung di Perpustakaan Negara Malaysia. Penulis dari pelbagai genre seperti sastera, bahasa, ekonomi, undang-undang, politik dan lain-lain. Ada kuiz mengenai pameran; jawapannya boleh didapati daripada poster-poster yang terpampang. Hadiahnya dengar lumayan juga!





Wakaf di ruang pameran. Selesa, lengang (memang tak ramai pengunjung pun!). Lan di sofa sedang melayari internet di telefon bimbit. Dila pula pening kepala memikirkan jawapan kuiz. Sebab mereka berdua, saya juga teruja untuk menyertai. Sangkut tiga soalan, jawapannya memang tidak ada dalam poster dan buku-buku di ruang itu. Lan dan Dila akhirnya guna 'talian hayat'. Saya tumpang sekaki; meniru jawapan!

Rujukan lain: sini! http://salinaibrahim.blogdrive.com/

0 comments: